Assalamualaikum
Semester terakhir ini akan aku abadikan banyak kenangan dalam noktah hidup aku. Tidak ku sangka dan tidak juga ku duga aku kini bakal melonjak ke alam pekerjaan, tapi mana mungkin kerana aku perlu menghabiskan subjek semester khas (bengkel kejuruteraan) untuk 2 bulan lagi. Andai kata aku tidak harus menghabiskan bengkel kejuruteraan, memang aku akan melonjak kegembiraan.
Tidak ku sangka juga aku telah mendapat anugerah dekan untuk semester lepas. Kalau orang lain sijil bertimbun-timbun untuk anugerah dekan setiap semester tapi aku baru nak merasa. Gembiranya tidak terkata.Biarlah orang nak berkata-kata kerana tuan empunya badan yang merasa. Mana mungkin aku memegang segulung sijil kerana diri ini merasakan tidaklah selayak si bijak pandai. Mungkin kategori anugerah pemalas boleh dirangkul oleh aku.
Setelah ditapis oleh lembaga penapisan, boleh dikira aku seperti orang batak yang baru first time jumpa kamera.
Seperti di lapangan terbang kan. Huahuaahua
Sudahlah makanan tidak dihidangkan, balik dalam kehampaan dan kelaparan. Sebab itu kebanyakan gambar seperti skru yang nak tercabut or masuk air. Tetapi bagi aku, hari-hari masuk air.
Budak dua orang yang lebih kurang masuk air jugak.






.jpg)




.jpg)

